" MY SITE "


" islamic photobucket "

Photobucket
No posts.
No posts.

" SIMPLE + SMART + SWEET "

" SIMPLE + SMART + SWEET "

" tentang seseorang "


nama yang indah lagi bermakna menjadi milik gadis yang bernama nurul akhma....begitu banyak maksud yang tersirat di sebalik namanya....saban hari,bulan serta tahun berganti....dirinya makin dewasa...dewasa...dan terus dewasa....dilahirkan pada 19 june 1990 berbintang gemini membuatkan gadis ini seorang yang periang dan ceria....hari-hari yang dilalui mengajarnya erti kesabaran...ketabahan...dan kekuatan yang mengukur titik perjalanannya...

ukhwah yang terjalin diantara sahabat-sahabt telah membuahkan titik kemesraan serta kasih sayang amat utuh...baginya...yang penting dalam sesuatu perhubungan itu adalah " erti sahabat " itu sendiri...

mengakui dirinya seorang yang ceria...mudah tersenyum membuatkan dirinya senang mendekati dan didekati...tetapi,maklumlah...selalunya orang akan selalu menilai kita dari luaran kan...???erm...manusia...mudah sangat terleka....baginya..."aku tetap aku "...dengan memegang prinsip "life it's beautiful and "be happy" merupakan spirit word yang dipegang sampai bila-bila....happy always!!!!



" soal hati "

jika matamu berat memandangku...ringankanlah kakimu pergi dariku...jika bibirmu terpaksa senyum padaku...relakanlah mukamu untuk berpaling dariku..jika susah untukmu melupakan kesilapanku...senangkanlah lidahmu untuk menghina ku...tapi..ingatlah bahawa di dalam hatiku....tetap menerima mu sebagai sahabat yang pernah ku kenali dulu...

' mutiara kata "


" soal hati "

Hidup ini perlukan pedoman…


Bingkisan Doa
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah

" mutiara hati "

“ THE BEST MEMORIES ARE THE ONES YOU CANNOT EXPLAIN… THE ONES WHERE JUST HAD TO BE THERE “

“ CINTA DAN KASIH KADANG-KADANG MEMBUATKAN KITA TERASA IA SUNGGUH BERERTI….TETAPI…TERASA BERAT UNTUK MELEPASKAN INSAN YANG KITA SAYANG…MENGAPA DIA SANGGUP PERGI DAN BERLALU BEGITU SAHAJA…SEDANGKAN DIRI INI MASIH KASIH DAN CINTA DENGANNYA????....PERSOALAN HATI…TIDAK AKAN PERNAH BERAKHIR…..KADANG-KADANG HATI DAN DIRI INI TERFIKIR…DI MANA SILAPNYA DIRI INI….DENGAN RASA KECEWA DAN SEDIH…DIA TEGAR MENINGGALKAN DIRI INI SEMATA-MATA KERANA KESALAHAN YANG KECIL…..MANUSIA….TIDAK PERNAH RASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG IA ADA… “

“ MEMORIES….THE PAST RESIDES IN OUR MINDS…”


“ BE A BUTTERFLY SPREAD YOUR WINGS AND WHATEVER LIFE BRINGS…BE TRUE TO BE UNIQUE…!!!....LET THE LORD GUIDE YOU TO THE BEAUTY INSIDE YOU…AND YOU WILL FIND THE JOY THAT YOU SEEK…..”

“ A MEMORY LASTS FOREVER…NEVER DOES IT DIE…TRUE FRIENS STAY TOGETHER…AND NEVER SAY GOODBYE…”

“ KASIH SAYANG DAN CINTA ITU BUKANNYA DATANG DARI PERTEMUAN…PERPISAHAN…ATAU SEKADAR UCAPANMANIS DI MULUT…TETAPI IA TERTUMPAH DARIPADA SESEORANG KAPADA SESEORANG DALAM DOANYA…”

“ SOME FRIENDS FORGET…SOME MOVE AWAY…SOME KEEP SILENT…SOME JUST CHANGE…BUT..I AM NOT ONE OF THEM…I AM JUST HERE…NOW AND ALWAYS…FRIENDS FOREVER…”



butterfly cute!!!

a href="http://s263.photobucket.com/albums/ii142/esha_enab/?action=view¤t=icon132.gif" target="_blank">Photobucket

" isra' dan mikraj "

ISRAK DAN MIKRAJ " Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. (Surah Bani Israil: 1) Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia. Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan. Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani). Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad) Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah. Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia) Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah: Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang -------------------------------------------------------------------------------- Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti. -------------------------------------------------------------------------------- Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka. -------------------------------------------------------------------------------- Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah. Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain. Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti. -------------------------------------------------------------------------------- Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya. Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka. Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya. Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu. -------------------------------------------------------------------------------- Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti -------------------------------------------------------------------------------- Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan. Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti -------------------------------------------------------------------------------- Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat Nabi tercium bau yang amat harum -------------------------------------------------------------------------------- Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun. Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran orang yang makan riba' Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai. -------------------------------------------------------------------------------- Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah. Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu. Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia. Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad. Langit pertama Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia. Langit kedua Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya. Langit ketiga Berjumpa dengan Nabi Yusof Langit keempat Berjumpa dengan Nabi Idris Langit kelima Berjumpa dengan Nabi Harun Langit keenam Berjumpa dengan Nabi Musa Langit ketujuh Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

" seindah_senyuman "

" seindah_senyuman "

" bicara kata "

<strong>MENGAPA ISLAM MENJADI PILIHAN Februari 16, 2009 oleh khairole MENGAPA ISLAM MENJADI PILIHAN Islam merupakan manhaj ketuhanan yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam supaya diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan pemandu umat ke jalan kebahagiaan dan ia juga merupakan risalah yang terakhir yang diturun oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia sejagat. Manhaj ini datang dari Allah, sama ada Al-Qur’an yang diwahyukan dengan lafaz dan maknanya mahupun hadith yang diilhamkan maknanya kepada RasuluLlah Sa’lallahu ‘Alaihi Wasallam. Dengan yang demikian ternyata bahawa manhaj ketuhanan ini ialah Al-Qur’anul Karim dan hadith Nabi yang sah. Manhaj ini tentulah berbeza dari apa-apa manhaj dan dasar yang diciptakan oleh manusia dengan sifat-sifat berikut: Manhaj Allah sahaja yang benar (hak), tidak didatangi sebarang kebathilan. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan di’amali. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang ‘Arab atau Melayu sahaja. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan: 1. Manhaj Allah sahaja yang benar (hak),tidak didatangi sebarang kebathilan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Maksudnya: ” Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu itu sahaja yang haq.” (Ar-Ra’d : 1) Ini bermakna bahawa manhaj ketuhanan yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadith nabi itu sahaja-lah manhaj yang benar di mana setiap manusia sama ada dia sebagai seorang biasa atau sebagai pemerintah mestilah menerima dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalam manhaj itu. Sekiranya mereka tidak menerima dan mengamalkannya mereka adalah sesat dan seterusnya gagal dalam menyelesaikan masalah ummah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Maksudnya: “Apakah orang yang mengetahui bahawa apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu itulah yang sebenar-benarnya sama dengan orang yang buta.” (Ar-Ra’d: 19) Dengan perkataan lain, tidak sama orang yang mengetahui kebenaran yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan orang buta, orang yang tidak mengetahui kebenaran itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu KitabuLlah dan Sunnahku” (Riwayat lmam Malik) 2. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu ni’matKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu.” (Al-Maidah : 3) Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan ke’adilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’aam : 115) Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi: Maksudnya: “Tidak ada sesuatu pun yang Kami abaikan di dalam kitab Al- Qur’an itu.” (Al-An’aam : 38 ) Dari ayat-ayat yang kita baca di atas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap, menyeluruh, mencakupi segala ruang kehidupan manusia. 3. Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan di’amali. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Begitulah Kami mentafsirkan ayat-ayat Kami bagi kaum yang berfikir.” (Yunus : 24) Dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Al- Qur’an itu merupakan suatu kitab yang diterangkan secara terperinci ayat-ayat dan tanda-tanda di dalam bahasa Arab, di mana keteraugan itu adalah untuk kaum yang mengetahui.”(Fushshilat : 3) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka itu sebuah kitab yang Kami terangkan secara terperinci berdasar kepada ilmu pengetahuan demi untuk memberi hidayah dan rahmat kepada kaum yang beriman.” (M-A’raaf: 52) Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Maksudnya: “Begitulah seterusnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kepada kamu tanda kebesaranNya moga-moga kamu berfikir.” (A’-Baqarah : 242) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang ingkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” (Al-Baqarah : 99) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” (An-Nahl : 89) 4. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang ‘Arab atau Melayu sahaja. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya; memberi berita baik (bagi yang ta’at) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar).” (Saba’: 28 ) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): “Wahai manusia ! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul (Utusan Allah) kepada kamu semua.” (Al-A’raaf: 158 ) Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: Maksudnya: “Aku diberi keistimewaan dan kelebihan dari Nabi-nabi yang lain sebanyak enam perkara. Aku diberi tutur kata yang mempunyai makna yang mendalam dan aku diberi pertolongan dengan sebab rasa gerun musuh semasa dia masih berada di tempat yang jaraknya sebulan berjalan kaki dan dihalalkan kepada aku harta-harta rampasan perang dan dijadikan bumi ini sebagai masjid dan bahan bersuci bagiku dan aku diutuskan kepada makhluq kesemuanya dan dengan aku berakhirlah sekelian Nabi-nabi.” (Riwayat lima Imam kecuali Abu Dawud) Dengan ini jelaslah bahawa Islam itu ialah agama bagi seluruh manusia tidak kira apa juga keturunannya, di mana juga mereka berada dan pada zaman mana pula mereka hidup, kerana ianya merupakan agama yang terakhir yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwa Ta’ala untuk mereka. 5. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Dan Kami turunkan daripadaAl-Qur’an itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada sekelian mumin.” (Al-Isra’: 82) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): “Al- Qur’an itu menjadi petunjuk dan penawar kepada orang yang beriman.” (Fushshilat: 44) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Maka berimanlah kamu kepadaAllah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang Kami turunkan.” (At-Taghaabun : 8 ) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda-tanda dan Tuhan kamu dan Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisaa’: 174) Dari ayat-ayat di atas nyatalah kepada kita bahawa Islam sebagai manhaj ketuhanan adalah diwujud-kan untuk menjadi penyuluh dan penawar kepada seluruh manusia dan tidak sekali-kali untuk memecah-belahkan masyarakat, apa lagi untuk memporak-peranda dan menghuru-harakan masyarakat. 6. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Maksudnya: “Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu. Jika tidak kamu lakukan, maka tidakah kamu menyampaikan risalah-Nya” (Al-Maidah : 67) Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi: Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepada kamu peringatan (Al Qur’an) supaya kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka” (An-Nahl : 44) Di sini ternyata Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diminta supaya menyampaikan keseluruhan risalah Islam dan menerangkannya kepada manusia. Malah dituntuti supaya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaksanakan segala hukum-hakam ke atas masyarakat manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab Al- Qur’an itu dengan sebenarnya untuk kamu memerintah (memimpin) manusia dengan apa yang diperlihatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu.” (An-Nisaa’: 105) Di dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” (Al-Maidah 49) Ternyata bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk dijadikan dasar hidup dan asas kepada pemerintahan negara. 7. Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Maksudnya: “Sesiapa yang menta’ati Rasul, maka dia telah menta’ati Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (An-Nisaa’: 80) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Dan ta’atlah kamu kepada Allah dan ta’atlah kamu kepada Rasul dan awas (berjaga-jagalah) kamu. Sesungguhnya jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka ketahuilah bahawa tugas Rasul Kami adalak memberi penyampaian yang terang.” (Al-Maidah : 92) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul. Jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak suka kepada orang-orang kafir.” (Al ‘Imran : 32) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi: Maksudnya: “Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu tinggalkannya.” (Al-Hasyr: 7) RasuluLlah Sallallahu ‘Alaihi Wasallain bersabda: Maksudnya: “Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya: “Siapakah yang enggan itu ya Rasulullah? ” Lantas RasuluLlah bersabda: “Siapa yang ta’at kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang ingkar (enggan).” (Riwayat Bukhari) Di dalam hadith yang lain pula RasuluLlah Sallallahu ‘AlaIlii Wasallam bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ternyata bahawa dari apa yang disebut di atas, Al-Qur’an dan As-Sunnah merupakan manhaj ketuhanan yang tidak dapat ditinggalkan oleh umat manusia. Al-Qur’an merupakan asas kepada segala-galanya manakala As- Sunnah pula menambah atau menerangkan sesuatu yang tidak jelas di dalam Al-Qur’an itu. Kadang-kadang As-Sunnah membentangkan beberapa penerangan secara terperinci berhubung dengan perniagaan, pertanian, politik, pemerintahan, perundangan dan perkara perkara lain di dalam lapangan kehidupan manusia. Oleh kerana itu sekali lagi ditegaskan bahawa Al-Qur’an dan As Sunnah merupakan dasar kepada kehidupan manusia sama ada dibidang politik, ekonomi, perundangan, per’ibadatan, rumahtangga, budi pekerti dan lain-lain aspek kehidupan. Justeru itu segala perkara yang tidak berasaskan kepada Al-Qur’an dan As- Sunnah adalah dikira-kan suatu dasar yang bathil, yang ditolak oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan ditolak oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Seterusnya semua harakah, pergerakan dan parti politik yang tidak berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta tidak berusaha ke arah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabi Saliallahu ‘Alaihi Wasallam adalah pergerakan yang bathil dan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya.

bicara cinta

cinta datang kepada orang yang memberi harapan. walaupun mereka telah dikecewakan... kepada mereka yang masih percaya , walaupun mereka telah disakiti... kepada mereka yang masih ingin mencintai... walaupun mereka disakiti.... dan juga kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan ....


misz issz

misz issz

misz issz :)

misz issz :)

L . O . V . E

L . O . V . E

fa!rlady :)

fa!rlady :)